Kotak Carian Maklumat

Tuesday, February 7, 2012

PENGENALAN

     BMM 3105 adalah merupakan satu matapelajaran yang perlu dipelajari oleh Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru seluruh negara. Matapelajaran ini merupakan rentetan daripada matapelajaran TMK yang pernah dipelajari sebelum ini pada semester 1 pada tempoh percubaan (PPISMP).

     Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, penyediaan bahan pengajaran secara on-line, penggunaan bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan, dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN;

  1. Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
  2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  3. Membina tapak pembelajaran secara dalam talian.
  4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
  5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


TERDAPAT 15 TAJUK UTAMA YANG PERLU DISELESAIKAN;

  1. Penggunaan enjin pencari bahan bahasa Melayu.
  2. Menggunakan Internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  3. Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet.
  4. Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  5. Membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  6. Mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  7. Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  8. Pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian.
  9. Mengedit bahan pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian.
  10. Pengajaran dan pembelajaran secara bilik darjah maya.
  11. Pengajaran bahasa Melayu secara sidang video.
  12. Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran bahasa Melayu.
  13. Mereka cipta animasi dalam persembahan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  14. Bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu.
  15. Seminar dan pameran TMK dalam pengajaran bahasa Melayu dekad kini dan mendatang.