Kotak Carian Maklumat

Minggu 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

  • Menggunakan web, audio, video dan imej.
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk Fail/Alamat Internet dan Katalog.

1. MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ.
  • Pencarian bahan dalam bahasa Melayu boleh dilakukan dengan menggunakan laman web carian seperti Google.com, yahoo.com Youtube.com dan sebagainya.
  • Laman web carian seperti ini adalah sangat mudah dan percuma kepada semua lapisan umur.
  • Walau bagaimanapun setiap carian yang dilakukan adalah tidak bertapis dan pelajar haruslah berhati-hati dan perlu dipantau oleh guru.
2MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN 
    BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

  • Untuk mendapatkan bahan daripada Internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
  • Apabila menaipkan perkara yang hendak dicari, anda seterusnya boleh klik pada kotak Web Search dan setelah itu, anda akan diberikan beberapa pilihan sumber bahan maklumat yang ingin dicari.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.

3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN JUGA KATALOG      
    INTERNET.
  • Bahan yang diperolehi daripada Internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
3.1 Alamat Internet
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat Internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
  • Apabila telah menemui halaman yangh berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah itu, paparan arahan keluar dan sila klik 'copy'.
  • Setelah itu, buka fail word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan alamat itu akan terus dipindahkan ke dalam fail word.
3.2 Menyimpan bahan
  • Cara untuk menyimpan bahan dapat dilihat melalui contoh yang terdapat pada alamat dan katalog Internet yang terdapat di bawah ;


ALAMAT INTERNET

1. Buah-buahan tempatan Malaysia.
2. Kuih-muih tempatan
3. Permainan tradisional
4. Negeri-negeri di Malaysia
5. Tempat pelancongan di Malaysia
6. Bola Sepak
7. Contoh karangan
8. Peribahasa Melayu
9. Pakaian Tradisional
10. Bunga Kebangsaan
11. Bendera Negeri
12. Komponen Elektrik
13. Peralatan Sekolah
14. Khasiat buah-buahan
15. Ayat inti



KATALOG INTERNET

1.
Tajuk
Buah-buahan tempatan Malaysia
url
Sinopsis
Buah-buahan merupakan tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Selain daripada tanaman untuk makanan sekeluarga, hasil daripada buah-buahan ini dapat dijual kepada orang ramai untuk mendapatkan keuntungan. Banyak jenis buah yang terdapat di Malaysia yang mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.

2.
Tajuk
Kuih-muih tempatan
url
Sinopsis
Negara Malaysia mempunyai keunikan budayanya yang tersendiri ekoran percampuran budaya daripada pelbagai etnik. Oleh yang demikian terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang dapat dilihat dijual di merata tempat.

3.
Tajuk
Permainan Tradisional
url
sinopsis
Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh rakyat Malaysia pada zaman dahulu kala. Permainan tradisional yang dapat kita lihat pada saat ini adalah seperti permainan guli, layang-layang, gasing, galah panjang dan sebagainya.

4.
Tajuk
Negeri-negeri di Malaysia
url
Sinopsis
Terdapat 13 buah negeri yang terdapat di Malaysia dan 3 wilayah persekutuan. Negeri-negeri ini terdiri daripada 9 negeri beraja dan 4 negeri tidak beraja. Pembentukan Malaysia telah ditubuhkan pada 16.september.1963.


5.
Tajuk
Tempat pelancongan di Malaysia.
url
Sinopsis
Banyak tempat pelancongan yang terdapat di Malaysia. Tempat pelancongan ini terletak di merata-rata tempat di seluruh negeri. Tempat pelancongan ini biasanya terletak di pulau-pulau, hutan tropika, taman negara dan sebagainya.

6.
Tajuk
Bola sepak
url
Sinopsis
Bola sepak merupakan sejenis sukan dunia. Sukan ini merupakan satu permainan yang telah mendapat sambutan yang sangat luas sehinggalah seluruh dunia pun mengenali dan mengamalkannya. Sukan bola sepak menggunakan bola getah yang dibaluti dengan lapisan kain untuk melindungi belon getah tersebut.

7.
Tajuk
Contoh karangan
url
Sinopsis
Karangan merupakan bahan yang ditulis dengan percantuman ayat-ayat yang membentuk pernyataan yang bermakna. Kadangkala ianya adalah berfungsi untuk menggambarkan sesuatu perkara ataupun menceritakan sesuatu perkara.

8.
Tajuk
Peribahasa Melayu
url
Sinopsis
Peribahasa Melayu merupakan peribahasa yang digunakan oleh bangsa Melayu sejak sekian lama. Peribahasa ini merupakan gabungan beberapa perkataan yang mempunyai makna yang sangat mendalam dan perlu difikirkan secara mendalam untuk mengetahui maksudnya. Peribahasa ini juga dicipta untuk mewakili perbuatan, tindakan dan sikap manusia di sekeliling.


9.
Tajuk
Pakaian Tradisional
url
Sinopsis
Pakaian tradisional merupakan pakaian yang telah dipakai oleh pelbagai etnik pada zaman dahulu dan masih digunakan hingga sekarang untuk majlis-majlis yang tertentu. Pakaian tradisional mempunyai pelbagai maksudnya yang tersendiri. Pakaian tradisional mempunyai banyak hiasan yang menarik dan kemas.

10.
Tajuk
Bunga kebangsaan
url
Sinopsis
Bunga kebangsaan negara Malaysia ialah bunga raya. Nama saintifik bagi bunga ini adalah Hibiscus Rosa. Bunga ini berwarna merah dan mempunyai lima kelopak yang sangat cantik dan unik. Bunga kebangsaan ini telah dipilih oleh bekas perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

11.
Tajuk
Bendera negeri
url
Sinopsis
Setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri. Antara indentiti itu ialah bendera negeri. Bendera negeri mempunyai pelbagai jenis dan warna berdasarkan budaya di negeri tersebut.

12.
Tajuk
Komponen elektrik
url
Sinopsis
Komponen elektrik merupakan benda-benda yang boleh terdiri daripada benda kecil dan besar. Komponen-komponen ini sangat berguna dalam era teknologi pada masa ini. Kegunaan komponen-komponen ini dapat dilihat dalam pemasangan radio, jam elektronik, mainan elektronik dan sebagainya.

13.
Tajuk 
Peralatan sekolah
url
Sinopsis
Peralatan sekolah merupakan peralatan yang harus disediakan oleh setiap murid apabila menjelelang hari persekolahan mereka.   Antara peralatan yang perlu disediakan ialah pensel, pemadam, pen, pembaris, buku dan sebagainya.

14.
Tajuk
Khasiat buah-buahan
url
Sinopsis
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang sedap dan enak untuk dimakan. Selain daripada sedap untuk dimakan, buah-buahan ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan dipercayai boleh membantu penghadaman makanan.

15.
Tajuk
Ayat inti
url
Sinopsis
Ayat inti dikenali sebagai ayat pelapis ataupun ayat tunggal. Ayat ini juga menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain, iaitu ayat yang dikenali sebagai ayat terbitan. Ayat inti mempunyai satu   subjek dan satu predikat.