Kotak Carian Maklumat

Minggu 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET.
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet.
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power point

ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

MASALAH MORAL DAN ETIKA
  • Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu :
    • Penggertak
    • Penyalahgunaan Internet
    • Virus
    • Hak Cipta
    • Perisian cetak rompak
      • Penggertak
        • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
        • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
      • Penyalahgunaan Internet
        • Konsep langit terbuka yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya dalam kalangan remaja.
      • Virus
        • Penyebaran virus menyebabkan kerosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
      • Hak cipta terpelihara
        • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta, Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
      • Perisian cetak rompak
        • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan termaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  • Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer orang lain.
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  • Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  • Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

  1. Cara untuk membuat brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher adalah merupakan cara yang sangat mudah untuk dipelajari.
  2. Pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian Microsoft Office dengan lengkap. 
  3. Sila rujuk panduan di bawah ;
  • Apabila anda telah memasuki bahagian Microsoft Publisher anda akan berjumpa dan melihat paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
  • Anda hanya perlu klik pada bahagian Brosur seperti yang ditandakan dalam bulatan tersebut.
  • Apabila anda sudah mengklik/memilih bahagian Brosur tadi, maka pada peringkat ini, anda perlu memilih jenis paparan Brosur yang ingin dipilih sesuai dengan kehendak sendiri dan Brosur yang ingin dibuat.
  • Beberapa contoh yang boleh dipilih. Contoh-contoh Brosur dapat dilihat dalam gambar di atas. Dalam gambar, jenis Brosur yang dipilih ialah Brosur jenis Borders.
  • Setelah penentuan jenis Brosur yang dipilih maka pada peringkat yang seterusnya anda hanya perlu membuang gambar-gambar, kotak-kotak dan tulisan yang tidak diperlukan dalam Brosur asal itu.
  • Selepas itu, anda boleh memasukkan kandungan-kandungan, gambar-gambar yang anda rasakan perlu dalam sesebuah Brosur.

CONTOH BROSUR YANG TELAH SIAP


Brosur




  1. Power Point
Click to View