Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, penyediaan bahan pengajaran secara on-line, penggunaan bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan, dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN;
- Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
- Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Membina tapak pembelajaran secara dalam talian.
- Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
- Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
TERDAPAT 15 TAJUK UTAMA YANG PERLU DISELESAIKAN;
- Penggunaan enjin pencari bahan bahasa Melayu.
- Menggunakan Internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet.
- Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Membina dan menggunakan tapak dan laman web pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian.
- Mengedit bahan pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian.
- Pengajaran dan pembelajaran secara bilik darjah maya.
- Pengajaran bahasa Melayu secara sidang video.
- Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran bahasa Melayu.
- Mereka cipta animasi dalam persembahan bahan pengajaran bahasa Melayu.
- Bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu.
- Seminar dan pameran TMK dalam pengajaran bahasa Melayu dekad kini dan mendatang.
No comments:
Post a Comment